Setelah outing Monochrome yang lepas mendapat sambutan, AY sekali lagi nak buat satu lagi outing Monochrome, tapi kali ni Pre Wedding... so Outing Pre Wedding + Monochrome II...
Korang akan shoot gambar couple, style pre wedding, dan diwajibkan amik sebahagian gambar dalam monochrome. pendek kata, gambar polytone n monotone, digabung sekali la..
Shooting kali ni, korang boleh la nak buat eksperimen utk job wedding korang..sama ada posing ke, angle ke, composition ke, ape2 je la korang nak buat la...
Disamping itu korang boleh belajar dan berkongsi idea/pengalaman time shooting nanti...
Yang menarik kali ni, sesiapa yg memiliki compact camera, ingin belajar photography, boleh join jugak utk outing kali ni. ni kami belajar dari outing Monochrome 1 lepas, salah seorang member kami yg betul2 baru dalam photography and takde DSLR, tapi ada compact camera. dia still dapat shoot dengan composition yg cantik... So tak perlu malu utk main dengan compact camera, sbb apa??sebab kita amik gambar... output tetap sama jugak..walaupun berlainan jenis camera.
Diseliakan oleh ::Bunga @ Atiqah Yusof (AY Photography)
Tarikh :: 31 Oktober 2009
Jam :: 10.00am - 5.00pm (datang awal)
Tempat :: SEKITAR KUALA LUMPUR (AKAN DI TETAPKAN)
Yuran :: RM 70.00(DSLR) RM 50.00(Compact Camera)
Lain-lain :: Makan minum disediakan, Laptop tak perlu bawak,
Tempat berkumpul :: KTM KUALA LUMPUR
Sesiapa yang berminat, boleh pnc saya 2faz atau call (019-6694073 / 017-2806993)
Terbuka utk suma orang..Itu penting..CEPAT daftar, tempat terhad...
P/s :: 1. Bayaran dalam Ringgit Malaysia
2. Dikira CONFIRM pegi setelah kami menerima bayaran dan bukti bayaran
3. Jika terdapat penarikan diri setelah mendaftar(yg CONFIRM) 50% dari yuran anda akan dikembalikan.
4. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan, kemalangan dan seangkatannya pada harta dan diri anda sepanjang aktiviti ini berjalan.
5. Sesiapa yg mempunyai account Facebook harus mempamerkan gambar yg korang shoot dalam album korang (sila tag nama yg terlibat)
6. Anda akan di ajar serba sedikit teknik editing.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA HARI KHAMIS BERSAMAAN 29/10/2009 jam 11.59mlm