Unregistered Member
sign up
 Login

Username or Email

Password

Forget Password?

Free Register

 Main Page
 Announcement
 Discussion
 Article
 Photo Album
 Market Place
 Sharing List
 Stateboard
 Member List
 Like
 Applications
 Sign-Up

Discussion

 Ida_Azhari • 12 years ago • 2,090 viewed • 108 replied


Salah ke lelaki nak pasang lebih pada satu And salah ke lelaki nk kawen lebih dr satu??

Haha. Good question actually ! I like it !!

Bila ada je persoalan pasal benda ni, si kaum lelaki ni mesti akan guna perkataan " Tak salah dalam Islam. Tuhan benarkan.. Nabi pun kawen lebih dari satu ". Tol kan?

First and for most, jawapannya..TAK SALAH. DIULANG, TAK SALAH. Tapi.. tanya balik diri si lelaki tu, mampu ke die berlaku adil ?? Yes, Tuhan benarkan dan Nabi buat, tapi korang mampu ke buat mcm mana Nabi S.A.W berlaku adil pada setiap isteri-isterinya

Ida baru ja sudah baca buku tajuk Peranan Wanita Pada Zaman Rasullullah, keluaran Al-Hidayah, susunan oleh Puan Amina Haji Noor and Kamilarini Binti Kamalsha. Ida rasa, guys should cari and baca buku ni sbb mukadimmah die cerita macam mana Rasullullah punya tanggungjawab and apa die buat untuk isteri-isterinya bila die memilih untuk kawen lebih dari satu.

Tapi yang kelakar pulak kt sini, dr segi poligami nak pulak bercakap " Ini Nabi yang sarankan ", tapi bila bab nak ikot syarat yang wajib buat, bila wanita persoalkan napa xnk jadi adil cam Nabi, mulalah kaum Adam nak melenting. Haih. Diorg berckp menggunakan nama Nabi xpe, bila wanita persoal, diorg jugak yg melatah cuba pusing topik. Kelakar okay !

Maaf. Ida bukan mentertawakan hukum hakam Allah, ida cuma geli hati melihat tingkah laku dan "bidasan" kaum Adam yang menggunakan hukum hakam Allah utk menegakkan pendangan mereka, tapi xmampu menerima "bidasan" kaum Hawa yang turut menggunakan cara seumpama mereka.

Another thing, kenapa ek suka bangkitkan hal ni wahai kaum lelaki semua?? Napa xnak bangkitkan isu lain yg patut sang lelaki tunaikan cthnya : Lelaki patut tau macam mana nak jadi seorang imam sebelum dia memikirkan untuk membentuk sebuah keluarga.

Topik ni korang xnk sentuh ke Asyik topik poligami yg "dibenarkan" tu je korang nak jaja sana sini. Topik lelaki sptutnya jadi ketua keluarga dan bimbing para wanita ni, xnk jd isu ke?? ni pun menarik ape.

Hukum mmg hukum, so kita xboleh sangkal. If itu takdir Tuhan, kita xleh elak.Tapi kalau korang rasa korang dah cukup bagos, pahala pun banyak and sanggup nak tanggung dosa-dosa para isteri korang, just go ahead la.Tak de sape say NO, xde sape nak menentang, xde sape nak membantah. Malah mungkin kitorg Kaum Hawa ni akan bangga melihat Kaum Adam yang berupa suami mampu melaksanakan TANGGUNGJAWABNYA seperti yang disyaratkan dalam hukum Allah lantas menyebabkan kaum Hawa dianugerahkan payung emas kelak. Waallahualam... Hanya AllahYang Maha Mengetahuinya..

Kita ni manusia kan.. Takdir Tuhan xsiapa yang tau. Sebab tu, kita kena pandai pikir dan jangan hanya berharap pada takdir.

Ida nak kongsi satu petikan ni,
" Takdir manusia memang dah ditentukan. Tapi, tak semua takdir yang ditentukan tidak boleh berubah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Dia sesungguhnya Maha Merubah jika manusia berusaha untuk merubah ketentuan hidupnya. - Dr. Aidh Abdullah "

And lastly,, tanya lagi sekali diri korang, if korang diberi utk berada di tempat para wanita, korang sanggup ke nak berkongsi kasih?? Sanggup ke diduakan, ditigakan dan diempatkan?? Ida bercakap mengenai hubungan sesama manusia ya. Diulang. Hubungan sesama manusia, bukan hubungan manusia yang menduakan Pencipta-Nya.

This is my opinion. So kalau korang ada opinion lain, just go ahead. Free to hear. T8 care. Have a nice day, dearest friend.

Moral : Thread ini bertujuan untuk mendengar pendapat kenapa orang asyik sebok nk kontroversikan pasal poligami terutama sekali kaum Adam yang nak tegakkn pasal poligami, padahal banyak lagi isu sensitif lain yg lagi penting yang patut "dikontroversikan".


Expires is not available


Please wait, page is loading...
If the page is not responding in more than 30 seconds, click here.

Virtual Friends - Copyright © 2001-2022 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved